Bandar Georgetown Pineng

Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia dan merupakan sebahagian daripada Negeri Kedah sebelum diambil oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dan dijadikan tanah jajahan Mahkota British. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta) iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan satu-satunya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia. Nama Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang. Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Pulau Pinang mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM49,873 pada 2017. Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri majoriti penduduk Cina di Malaysia. Di sini juga menjadi Chinatown utama negara Malaysia. #grouptravel #awesomepic #passionpassport #staycation #staycation #gooutside

Post by Coach Senamrobik | Aug 29, 2022

Related Travel Moments

Most Popular Travel Moments