Village Oasis by the Sea
by cardeosza
Apr 4, 2023
1 minggu yang tidak membosankan
check in : 5 sept
check out : 10 sept
tempat yang sangat cozy , bersih , layanan superb dari semua staff di sana
kami book 2 connecting room bawa total 7 family members. ada 2 pool yang berbeza. 1 pool di lobby hotel khas untuk family yang bawa kids, sesuai kerana ada water park , yang mana dari pantai pun boleh terjun pool juga lepas tu. 1 pool lagi berada di chalet garden view. yang tu agak privacy sedikit ada pool bar, ada slide juga . pool di buka sehingga 7 pm
semua sisi tempat terjaga dan ada staff yg akan membantu
nak pergi lobby , nak pergi breakfast,dinner semua kena call buggy tapi jangan risau, tak sampai 3-5 min mesti dah sampai, kita call malam2 nak request apa sahaja cepat staff terus sampai. even 5 star hotel lain belum tentu dapat layan sepantas itu.
balcony setiap bilik sangat luas sampai anak boleh main bola dekat situ. sangat bersih. sangat menjaga keberishan every twice a week akan menjalankan proses fogging untuk halau nyamok
breakfast semua sedap2. dan yang best hotel ni adalah port untuk kita tengok sunset view around 7 pm macam tu memang nampak jelas
#staycation #familyvacation #langkawibeaches
Post by Aidliana | Sep 18, 2022



















