Holy Mosque Makkah

MASJID Al-Haram atau Masjidil Haram adalah masjid yang terpenting bagi umat Islam kerana sejarah dan peranannya terhadap umat Islam seluruh dunia....Masjid ini terletak di Kota Makkah dan dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.... Ia sebagai tempat utama menunaikan salah satu Rukun Islam, menunaikan haji. Sebahagian daripada rukun haji perlu dilakukan dalam kawasan Masjidil Haram, iaitu Tawaf Ifadah, ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali bermula pada sudut Al-Hajarul Aswad menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan. Tawaf hendaklah dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar Hijir Ismail. Ia juga menjadi tempat umrah, mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sai dan bertahallul mengikut tertib.
#makkah
#holy

Post by Mohamad Zaki Abd Aziz | Nov 14, 2022

Related Travel Moments

Most Popular Travel Moments