KaFei Dian @ Petaling Street
by EaZy
Jun 24, 2023
Nama:Mingle Cafe
Lokasi: Terletak di belakang Hotel Olympic. Dari hotel, jalan kaki saja turun bukit. Pasti sampai.
KELEBIHAN
1. Setakat ini, pasta carbonara di sini yang paling sedap saya pernah makan. Sangat creamy dan memukau!
2. Maringue tart juga sedap. Kulit luarnya sangat rangup.
3. Crispy chicken untuk salted egg pasta memang sedap dan crunchy.
4. Jika penggemar masakan pantai timur Malaysia, wajar cuba Nasi Ulam. Nasinya sedap dan ayamnya juga sesuai dimakan beramai-ramai.
5. Peminat matcha wajar cuba minuman matcha di sini. Pekat dan tidak terlalu manis.
6. Suasana kedai ini yang klasik sangat menarik dan selesa. Sesuai untuk keluar makan bersama rakan-rakan.
KEKURANGAN
1. Rasa salted egg pasta agak terasa kunyit di tekak saya. Saya tidak dapat rasa creamy salted egg itu.
Sekian, terima kasih.
#celebratewithtrip
#tripblazers
#awesomepic
#deliciousfood
Post by Fikri Fiq | Nov 2, 2022























